Wednesday, 29 April 2020

Masalah yang akan dihadapi dalam pengurusan bilik darjah dan cara yang digunakan untuk mengatasinya

Masalah yang akan dihadapi dan cara yang digunakan untuk mengatasinya
            Berdasarkan dapatan kajian yang telah kami siapkan, terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh sekolah-sekolah tersebut. Masalah yang akan dihadapi tidak dapat dielakkan oleh setiap sekolah, yang penting ialah pihak sekolah mesti mengetahui masalah dan berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan segera. Jika pihak sekolah tidak ambil tindakan tentang masalah yang dihadapi, bukan sahaja keputusan sekolah akan terjejas, bahkan juga masa depan pelajar akan terjejas.

Masalah 1:   Pelajar akan berbohon jika pihak sekolah membenarkan pelajar untuk bertukar kelas mengikut minat pelajar secara longgar.
Antara masalah yang akan dihadapi oleh sekolah menengah iaitu pelajar akan berbohon jika pihak sekolah memberi peluang dan kebenaran kepada pelajar untuk bertukar kelas mengikut minat pelajar secara longgar. Menurut Nor Jumawaton Shahruddin, Mariani Mansor, Zainal Madon dan Hanina Halimatusaadiah Hamsan (2018), rakan sebaya  merupakan kumpulan yang paling rapat dan paling berpengaruh dalam kehidupan seseorang  remaja. Pelajar yang ingin bertukar kelas berdasarkan minat sendiri tidak ada masalah, masalahnya adalah sebahagian pelajar bertukar kelas hanya untuk bersama kelas dengan rakan sebaya sahaja. Dengan ini, pelajar akan menggunakan minatnya sebagai alasan untuk menukar kelas. Hal ini akan menyebabkan kelas susah dikawal dan keputusan pelajar akan merosot. Contohnya, pelajar yang lemah diatur di kelas aliran sastera akan mendapatkan kebenaran daripada pengetua atau guru dengan menggunakan minat kepada aliran sains sebagai alasan untuk bertukar kelas supaya bersama dengan rakan sebayanya di kelas aliran sains. Dengan ini, pelajar yang lemah akan berasa susah dan menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran. Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga akan dipengaruhi oleh kawannya yang lemah, akhirnya keputusan juga akan terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh dan tekanan negatif yang diterima melalui kawan baik menyebabkan pelajar tidak mementingkan pelajaran. Walaupun minat dapat memupuk semangat pelajar untuk belajar, tetapi kebolehan pelajar adalah faktor yang lebih penting bagi mencapai kejayaan dalam akademik.

Cara mengatasinya:   Pihak sekolah hanya mengagih pelajar kepada kelas mengikut keputusan PT3 dan UPSR sahaja.
Cara untuk menngatasi masalah tersebut ialah pihak sekolah hanya mengagih pelajar kepada kelas mengikut keputusan PT3 dan UPSR sahaja. Pihak sekolah mesti tegas terhadap pengagihan pelajar untuk memanfaatkan seluruh warga sekolah. Dengan mengagihkan pelajar mengikut keputusan peperiksaan, guru akan lebih senang ketika mengajar dalam bilik darjah kerana kebolehan pelajar dalam kelas hampir sama. Guru tidak perlu menyusahkan diri untuk menggunakan teknik yang berbeza untuk mengajar pelajar yang lemah dan cemerlang dalam masa yang singkat. Bagi kelas menengah atas, pihak sekolah boleh mempertimbangkan pelajar yang ingin bertukar kelas dengan alasan tidak dapat menguasai subjek aliran sains atau aliran sastera. Dengan ini, pihak sekolah boleh membuat keputusan berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar dalam sekolah. Selepas tukar kelas, pihak sekolah juga perlu memantau pelajar tersebut sehingga peperiksaan yang seterusnya. Tindakan terakhir akan diambil oleh pihak sekolah berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan yang seterusnya ini. Hal ini akan menyebabkan pelajar berusaha untuk belajar. Bagi kelas menengah rendah, pihak sekolah hanya membenarkan pertukaran kelas pada tahun depan sahaja dengan berdasarkan keputusan pelajar. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan dibenarkan bertukar ke kelas yang lebih cemerlang sebaliknya pelajar yang semakin lemah akan bertukar ke kelas yang lemah. Hal ini bukan untuk mengabaikan pelajar lemah, malahan untuk menyenangkan guru dan pelajar kerana kebolehan pelajar adalah hampir sama. Minat adalah satu perkara yang baik dan boleh memupuk semangat pelajar untuk belajar. Walaubagaimanapun, kadang-kadang kebolehan pelajar tidak dapat menguasai subjek yang mereka minat. Bukan itu sahaja, pelajar juga akan berbohon kepada pihak sekolah untuk menukar kelas demi bersama dengan kawan baik jika pihak sekolah membenarkan pelajar untuk bertukar kelas mengikut minat pelajar secara longgar. Jadi, pengagihan kelas berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan adalah cara yang dapat mengatasi masalah tersebut.


Masalah 2:   Guru dianggap pilih kasih jika jadual bertugas ditentukan oleh guru.
Masalah kedua ialah jadual bertugas dalam bilik darjah ditentukan oleh guru akan menyebabkan pelajar tidak puas hati. Menurut Mohd. Asri Bin Md, Taha, Tai Hui Shan, Lim Wan Thing dan Shim Vui Chun (2014), isu sikap pilih kasih guru bukan perkara yang baru berlaku di dunia pendidikan. Sikap pilih kasih sering wujud pada personality bagi seseorang guru sama ada mereka sedar atau tidak. Dengan kes-kes guru pilih kasih yang sentiasa berlaku, pelajar akan fikirkan pengagihan kerja bertugas ini tidak adil. Hal ini kerana terdapat pelajar yang dapat kedudukan pertama dan pelajar yang dapat kedudukan terakhir dalam satu kelas. Pemikiran pelajar biasanya adalah guru akan lebih suka kepada pelajar yang mendapat kedudukan TOP 10, pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lebih kaya. Dengan ini, guru akan dianggap pilih kasih jika jadual bertugas ditentukan oleh guru. Bukan itu sahaja, pelajar tidak ada semangat untuk menjalankan tugas dalam kelas kerana macam dipaksa untuk menjalankan tugas tersebut akhirnya pelajar tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Hal ini disebabkan benda yang pelajar buat bukan mereka yang mahu buat.

Cara mengatasinya:   Jadual bertugas ditentukan secara demokratik. Guru boleh memberi nasihat dan pendapatan sendiri kepada pelajar supaya pelajar tahu dan jelas tentang semua tugas.

Cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah jadual bertugas ditentukan secara demokratik. Guru boleh memberi nasihat dan pendapat sendiri kepada pelajar supaya pelajar tahu dan jelas terhadap semua tugas. Contohnya, pelajar yang tinggi boleh menjalankan tugas mengelap tingkap, pelajar yang kuat boleh menjalankan tugas membuang sampah dan sebagainya. Dengan ini, pelajar dapat memikir secara rasional dan memilih tugas yang sesuai untuk setiap pelajar. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan tugas. Contohnya, pelajar yang menjadi pengawas bertugas pada hari Jumaat boleh meletakkan diri pada hari lain. Hal ini dapat meringankan beban pelajar supaya pelajar tidak berasa sibuk dan letih di sekolah. Jadual bertugas ditentukan secara demokratik akan memupuk nilai bertanggungjawab dalam kalangan pelajar kerana tugasan adalah dipilih oleh pelajar sendiri dan bukan dipaksa oleh guru untuk menjalankan tugas tertentu. Dengan ini, keadaan dalam bilik darjah akan menjadi ceria dan seronok. Jadi, jadual bertugas ditentukan secara demokratik dapat mewujudkan keadilan dan guru juga tidak akan dianggap pilih kasih dalam kelas.

Masalah 3:   Maklumat kehadiran pelajar yang tidak benar akan dihantar oleh ketua kelas kepada guru tingkatan jika pihak sekolah memberi kuasa mengambil kehadiran pelajar kepada ketua kelas.
Masalah ketiga ialah maklumat kehadiran pelajar yang tidak benar akan direkodkan jika pihak sekolah memberi kuasa merekodkan kehadiran pelajar kepada ketua kelas. Pada era globalisasi ini, beban guru menjadi berat kerana kerja guru semakin banyak dan sibuk. Hal ini dikatakan demikian kerana guru bukan hanya mengajar dan menyemak sahaja, bahkan mereka juga diberi tugas untuk meronda sekolah, mengawal pintu sekolah, mengawal kantin, menjadi guru penasihat kokurukulum dan sebagainya. Dengan meringankan beban guru, sebahagian pihak sekolah telah memberi kuasa kepada ketua kelas untuk mengambil kehadiran pelajar dan ketua kelas terus menghantar buku rekod kehadiran kepada kaunseling untuk menghantar rekod kehadiran kepada KPM. Dengan ini, guru boleh buat persediaan dengan elok sebelum masuk kelas pada awal pagi. Walaupun begitu, kes mengambil kehadiran pelajar yang tidak benar akan berlaku di sekolah. Hal ini kerana bukan semua ketua kelas adalah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas mereka terutamanya jenis kelas yang lemah, nakal dan malas. Contohnya, jika kawan baik ketua kelas ingin ponteng sekolah, dia akan minta tolong dengan ketua kelas untuk tik namanya dalam buku rekod kehadiran. Keberanian perlakuan mereka disebabkan guru tidak menyemak dan tidak masuk ke kelas pada awal pagi. Kes tersebut akan dijadikan sebagai contoh dan menyebabkan pelajar lain mengikut perlakuan tersebut. Hal ini akan menjejaskan masa depan pelajar dan menjejaskan imej baik sekolah.

Cara mengatasinya:   Pihak sekolah mesti memberi arahan kepada guru tingkatan untuk masuk ke dalam bilik darjah masing-masing untuk mengambil kehadiran pelajar pada setiap awal pagi. 
Cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah pihak sekolah mesti memberi arahan kepada guru tingkatan untuk masuk bilik darjah masing-masing pada awal pagi. Hal ini dapat memastikan keadaan kelas adalah terkawal. Guru yang mengambil kehadiran pelajar dapat mengetahui sesiapa ada hadir, sesiapa lewat, dan sesiapa yang tidak hadir tanpa sebab. Dengan ini, pihak sekolah boleh mengambil tindakan kepada pelajar yang tidak hadir tanpa alasan supaya pelajar tidak berani untuk ponteng sekolah. Bukan itu sahaja, guru yang masuk kelas pada awal pagi juga boleh mengawal kelas supaya pelajar dapat menjalankan tugas mereka dan mengulang kaji dalam kelas untuk mengelakkan pelajar merayau-rayau di kawasan sekolah. Guru juga dapat memberi kata-kata motivasi kepada pelajar sebelum kelas bermula pada awal pagi. Dengan ini, semangat pelajar untuk belajar akan dipupuk oleh guru pada setiap hari. Hal ini akan membantu seluruh warga sekolah mencapai kejayaan. Jadi, guru adalah penting kepada pelajar kerana guru dapat mempengaruhi pelajar menjadi seorang yang baik atau teruk. Sebagai seorang guru, kita mestilah bertanggungjawab dan berkorban untuk pelajar-pelajar yang kita sayangi supaya kejayaan generasi muda di Malaysia dapat dicapai.